Scroll Top
19th Ave New York, NY 95822, USA

LESU AKIBAT MENYUSU BADAN? IA TIDAK BERLAKU JIKA IBU SIHAT

Memastikan bayi anda selamat dan sihat adalah keutamaan #1 anda. Kajian menunjukkan bahawa pemakanan ibu menentukan kesihatan bayi, dalam masa yang sama, kualiti dan nutrien di dalam susu ibu juga amatlah penting. Cepatkan tempoh penyembuhan dan nikmati perjalanan penyusuan badan yang lancar dengan nutrien berikut.

1. PENGGALAK SUSU SEMULA JADI
Alfalfa menawarkan pelbagai manfaat kesihatan, seperti:

  • Memberi nutrisi kepada badan ibu untuk menyokong penyembuhan yang cepat.
  • Menggalakkan penghasilan susu ibu secara semula jadi.
  • Serat dalamnya dapat membantu melancarkan pembuangan air besar, selepas bersalin.

2. MENGEKALKAN TENAGA ANDA
Sebagai blok binaan sel, protein menyokong proses penyembuhan luka anda.1,2 Malah, ibu yang menyusukan bayi memerlukan protein dua kali lebih banyak berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. Protein membantu untuk:

  • Memberikan tenaga berpanjangan.
  • Menyediakan badan anda untuk penghasilan dan pengekalan susu badan.

3. MEMBINA TULANG BAYI DAN MENGEMBALIKAN SIMPANAN IBU
Ketika anda hamil, bayi telah mengambil kalsium daripada tulang anda untuk membina tulangnya. Pengambilan kalsium yang mencukupi penting untuk:

  • Mengembalikan kepadatan tulang ibu dan mengurangkan risiko osteoporosis apabila tua kelak.
  • Menyokong pembentukan tulang dan gigi bayi yang kuat.

4. BAYI LEBIH BIJAK DAN IBU LEBIH GEMBIRA
Asid lemak omega-3, biasanya dikenali sebagai asid dokosaheksaenoik (DHA) dan asid eikosapentaenoik (EPA) adalah penting untuk anda dan bayi kerana ia:

  • Membantu perkembangan otak dan penglihatan bayi yang sihat.3
  • Boleh membantu merendahkan risiko ibu mengalami simptom gangguan emosi selepas bersalin.4

5. MEMBINA PERTAHANAN ANDA
Sarat dengan antioksidan, vitamin C menyokong pembentukan tisu baharu dan pemulihan sel yang membantu untuk:

  • Menghalang jangkitan terutamanya di sekitar luka untuk mempercepatkan penyembuhan luka.5
  • Menguatkan perlindungan imun ibu dan bayi.

6. PEMULIHAN YANG LEBIH PANTAS DAN PERTUMBUHAN YANG LEBIH BAIK
Anda memerlukan lebih banyak multivitamin dan zat besi untuk menyokong kesihatan selepas bersalin dan penghasilan susu badan:

  • Menghasilkan susu badan yang bernutrisi untuk menyokong pertumbuhan bayi.
  • Mengisi jurang nutrisi ibu untuk penyembuhan dan kesihatan yang lebih baik.

7. PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN YANG LEBIH BAIK
Oleh kerana ia tidak disimpan dalam badan anda, jadi amat penting bagi anda mengambil vitamin B setiap hari untuk:

  • Merangsang penghasilan tenaga ibu dengan menukarkan makanan kepada tenaga.
  • Menyokong perkembangan sistem saraf bayi termasuk mata dan otak.
  • Menggalakkan perkembangan fungsi motor bayi yang sihat.


Rujukan:
1. Powanda MC, Moyer ED. Plasma proteins and wound healing. Surg Gynecol Obstet. 1981 Nov;153(5):749-55.
2. Williams JZ, Barbul A. Nutrition and wound healing. Surg Clin North Am. 2003 Jun;83(3):571-96.
3. Dunstan JA1, Simmer K, Dixon G, Prescott SL.Cognitive assessment of children at age 2(1/2) years after maternal fish oil supplementation in pregnancy: a randomized control trial Arch Dis Child Fetal Neonatal Ed. 2008 Jan;93(1):F45-50.
4. Shapiro, G. D., Fraser, W. D., & Séguin, J. R. (2012). Emerging risk factors for postpartum depression: serotonin transporter genotype and omega-3 fatty acid status. Canadian journal of psychiatry. Revue canadienne de psychiatrie, 57(11), 704–712. https://doi.org/10.1177/070674371205701108
5. Martanti, Listyaning. (2017). The Effect of Zinc and Vitamin C Additional on Healing Process of Second Degree Perineal Wound in Postpartum. journal of medical science and clinical research. 5. 10.18535/jmscr/v5i9.27.