MENJADI IBU ADALAH PERJALANAN YANG MENGGEMBIRAKAN
Shaklee Love You 1,000 adalah mengenai memberi sokongan kepada ibu-ibu secara holistik untuk 1,000 hari pertama perjalanan kehidupannya sebagai seorang ibu. Kami lakukannya kerana kami percaya bahawa bermula daripada sebelum kehamilan sehinggalah anak berusia 2 tahun, adalah tempoh dimana kesihatan dan kesejahteraan ibu akan mempengaruhi pertumbuhan, perkembangan dan keupayaan anak untuk berjaya di masa hadapan. Apabila fizikal dan mental ibu sentiasa sihat, anaknya juga akan membesar, belajar dan berkembang dengan baik.
MASA HADAPAN SI MANJA YANG LEBIH CERAH BERMULA APABILA IBU MEMBERIKAN PERHATIAN TERHADAP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAANNYA DALAM TEMPOH 1,000 HARI PERTAMA.


Khasiat bagi badan anda untuk persenyawaan dan persediaan bagi kehamilan yang lebih sihat



Khasiat untuk ibu dan bayi bagi pertumbuhan dan perkembangan lebih sihat.



Ibu gembira = anak gembira. Menjaga diri anda dan bayi tidak pernah semudah dan sepuas begini!



Manjakan diri anda dengan penjagaan diri yang berkualiti supaya anda lebih gembira, lebih sihat!

Lebih 100,000 ibu menyatakan bahawa Shaklee Love You 1,000 telah mengubah kehidupan mereka.
Kehidupan Ibu Berkerjaya Yang Mengagumkan
Shaklee telah mengubah kehidupan Ismatul Nabila daripada seorang yang sering berasa lesu, terlalu banyak kerja, kepada ibu berkerjaya yang melakukan segalanya- menjaga anak-anaknya sendirian ketika suami bekerja di negeri lain, menguruskan perniagaan Shaklee di samping meningkatkan tahap kesihatan dan tenaganya dengan suplemen kesihatan Shaklee. Terima kasih kepada Shaklee, kerana beliau dapat menikmati perjalanan kehamilan dan selepas kelahiran yang lebih sihat dan lancar. Dengarkan kisahnya yang penuh inspirasi bagaimana Shaklee telah mengubah kehidupannya menjadi lebih baik. Ibu Menginspirasikan Ibu!
Wanita Bekerjaya Menjadi Usahawan Berjaya
Pernah menggalas kerja yang sibuk, Nur Adilah mahukan kebebasan masa untuk bersama anak-anak dan keluarga. Setelah diperkenalkan kepada Peluang Perniagaan Shaklee, beliau terus menggenggam dan memperoleh bonus pertamanya yang berjumlah RM500. Didorong oleh semangat untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat, beliau berjaya mengatasi segala cabaran dan telah memperoleh pendapatan lima angka dalam tahun pertama bersama Shaklee. Anda mahu jadi seperti beliau? Ketahui rahsia ibu bekerja merangkap usahawan berjaya ini. Ibu Menginspirasikan Ibu!
KESUNGGUHAN & KETEKUNAN MENDORONG KEJAYAAN
Berbekalkan tujuan hidup yang jelas, Siti Farhana Mohd Pakeh berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan yang terbaik kepada anak dan keluarganya. Kini, ibu muda ini menjalani kehidupan yang sering beliau impikan, dengan perniagaan yang semakin berkembang dan dibina dari rumah, sambil melihat anaknya membesar. Dapatkan inspirasi daripada perjalanannya bersama Shaklee dan bagaimana anda juga, boleh jadi seperti beliau. Ibu yang menginspirasikan ibu.
Perjalanan Mengujakan Menjadi Seorang Ibu
Walaupun ibu yang mempunyai 4 anak ini telah mengharungi pengalaman menyakitkan semasa kelahiran anak pertama, ia tidak melemahkan semangatnya untuk kembali hamil – ini kerana, beliau telah menemui produk Shaklee yang sangat mengagumkan! Dari awal kehamilan sehinggalah selepas melahirkan, beliau merasai tahap tenaga yang optimum, proses pemulihan yang cepat dan penyusuan badan yang lancar, terima kasih kepada Shaklee. Yang paling penting, beliau dapat menyusukan anak-anaknya, memberi mereka nutrien terbaik untuk mereka membesar dengan sempurna dalam dunia keibuan yang mengagumkan ini. Moms Inspiring Moms!
Perjalanan TTC Saya
Setiap wanita bergelar isteri menyimpan impian untuk dianugerahkan pengalaman menjadi seorang ibu dan melahirkan anak. Impian itu bagaimanapun agak mencabar buat Athirah dan suaminya yang mencuba selama 3 tahun untuk hamil. Menyedari mereka kekurangan nutrisi yang sewajarnya untuk diperoleh, pasangan ini mengisi kelompongan itu dengan produk Shaklee sebagai tambahan kepada amalan pemakanan yang sihat dan bersenam secara berkala. Akhirnya, beliau merealisasikan impiannya menjadi seorang ibu dan dikurniakan anak yang sihat! Ketahui bagaimana mereka memulakan perjalanan dengan Shaklee untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik. Moms Inspiring Moms!
ARTIKEL TERKINI